• Home
  • Mengetahui Juzuk Al-Quran Guna Formula

    Jan 13, 2011
    Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

    Tip yg nk di kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.


    Jom sama2 kita belajar...

    Contoh 1
    Jika korang ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
    5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
    Letakkan no 2 selepas jawapan.
    Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
    Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

    Contoh 2
    Jika korang ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
    10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
    Letakkan no 2 selepas jawapan.
    Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

    Contoh 3
    Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
    23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
    Letakkan no 2 selepas jawapan.
    Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442

    0 comments:

    Post a Comment