• Home
  • Lelaki hEnsem Vs Lelaki tAk hEnsem

    Jan 19, 2011
    kalau lelaki handsome pendiam
    Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...
    kalau lelaki tak handsome pendiam
    Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...

    kalau lelaki handsome berbuat jahat
    Perempuan akan kata: nobody's perfect
    kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
    perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!

    kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
    perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
    kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
    Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

    kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
    perempuan akan kata: sepadan sangat...
    kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
    perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

    kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
    perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
    kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
    perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
    meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, alahhh cari je mak indon)...

    kalau lelaki handsome penyayang binatang
    perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
    kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
    perempuan akan cakap: sesama specis memang harus menyayangi...

    kalau lelaki handsome bawa BMW
    perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
    kalau lelaki tak handsome bawa BMW
    perempuan akan cakap: elehhh belagak dgn keta majikan...

    kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
    perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
    kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
    perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....

    kalau lelaki handsome hantar komen dlm facebook..cepat2 dibalas..
    kalau lelaki xhandsome dia akan ckp buang masa je reply..

    Mengetahui Juzuk Al-Quran Guna Formula

    Jan 13, 2011
    Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

    Tip yg nk di kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.


    Jom sama2 kita belajar...

    Contoh 1
    Jika korang ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
    5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
    Letakkan no 2 selepas jawapan.
    Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
    Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

    Contoh 2
    Jika korang ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
    10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
    Letakkan no 2 selepas jawapan.
    Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

    Contoh 3
    Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
    23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
    Letakkan no 2 selepas jawapan.
    Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442

    10 Peraturan Bapa Kepada Teman Lelaki Anak Perempuannya

    Jan 2, 2011
    Peraturan 1: Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon…hon, pastikan
    ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa. 


    Peraturan 2: Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh
    pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku.
    Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong
    cabut dan jaga tangan ko kat umah.. 


    Peraturan 3: Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai
    nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko
    pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar
    ko takkan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku akan
    pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat
    pinggang. 


    Peraturan 4: Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih
    dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam
    kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko
    satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah
    pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan
    kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham? 


    Peraturan 5: Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai
    calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2
    topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak
    dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang
    aku nak dengar cuma: “Awal.” 


    Peraturan 6: Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak
    peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan
    kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali
    ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la
    anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku
    nangis, aku pulak akan wat ko nangis. 


    Peraturan 7: Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh
    kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating
    ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang
    patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni. 


    Peraturan 8: Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi
    dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang
    leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok
    imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang
    tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku
    terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk
    sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan
    cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan. 


    Peraturan 9: Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit,
    kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku.
    Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko
    ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan
    benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah
    yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak
    khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang
    nak tanye. Jangan main2 ngan aku. 


    Peraturan 10: Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2
    takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo
    ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak
    tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar,
    bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas
    “saya datang antar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum
    teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong
    senapang sniper aku. 


    Sekian, Yg sengaja menakutkan, Bapak Kepada Gf ko.